PROFIL SEKOLAH


 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
Kod Sekolah :  CEE 4039
Nama Sekolah : SMK SUNGAI LEMBING
Alamat Sekolah : 26200 SUNGAI LEMBING, KUANTAN, PAHANG
No Telefon / No Fax : 09-5411334/09-5412259
Jenis Sekolah : Sekolah Menengah Kebangssan
Gred Sekolah : B
Peringkat Sekolah : Menengah
Sesi Persekolahan : Pagi
Alamat e-mail : cee4039.smksglembing@gmail.com
Blog Sekolah : http://smk sungailembing.blogspot.com
Facebook Sekolah : hhtp://www.facebook.com/groups/112006732157518
FROG VLE Sekolah: https://CEE4039.1bestarinet.net
Jumlah Guru : 48 orang
Jumlah Staf Sokongan : 13 orang
Jumlah Murid : 484 orang ( Julai 2014)

 WAKTU PERSEKOLAHAN
 Semua tahap.
7.45 pg  -  2.05 ptg   ( Hari Isnin dan Selasa sahaja )
7.45 pg  -  2.45 ptg ( Hari Rabu dan Khamis sahaja)
7.45pg   - 12.05 Tghr (Hari Jumaat)

Waktu Rehat
10.25 pg – 10.45 pg (Menengah Rendah)
11.05 pg – 11.25 pg (Menengah Atas)

·                  Semua pelajar Islam  SMKSL diwajibkan menunaikan solat  zohor bejemaah di sekolah selepas tamat waktu persekolahan. Tindakan disiplin dikenakan bagi pelajar yang tidak melakukannya.

LENCANA SEKOLAH


Tafsiran Lencana
Warna Hijau – Melambangkan sikap penting dan sayangkan bumi
Warna Putih – Merupakan nilai murni dan suci yang dapat diterapkan melalui sekolah
Warna Hitam dan Putih– Merupakan warna bendera negeri Pahang Darul Makmur
Lambang Gear – Menunjukkan SMKSL begitu mementingkan kemajuan dari segi sains dan teknologi
Lambang Buku – Digambarkan sebagai ilmu kerana sekolah merupakan tempat untuk mencari dan menuntut ilmu

LAGU SEKOLAH
MAJU SMKSL

Kami berdiri dengan megah

Dengan tekad dan semangat waja

Rela berkorban menjunjung cita

Bahagia masa depan


Kami berjanji penuh dengan hati
Jelas matlamat wawasan diri

Menuju era cemerlang


c/o  Amalkan daya saing

Teruskan daya usaha

Ilmu teras budaya

Jadi sekolah harapan


Tanam dan sematkan di jiwa

Melangkah penuh keyakinan

Kami berikrar niat dan azam

Maju SMKSL

Kami berikrar niat dan azam

Maju SMKSL


LOKASI SEKOLAH
 Sek Men Kebangsaan Sungai Lembing  terletak di dalam daerah Kuantan. Kuantan merupakan salah satu daerah yang terletak di bahagian timur Negeri Pahang. Jarak SMKSL dengan bandar Kuantan adalah sejauh 35km. Keistimewaan lokasi sekolah ini adalah berada di sebuah pekan kecil iaitu Pekan Sungai Lembing yang menyimpan pelbagai khazanah alam beharga dan juga terkenal sebagai kawasan pelombongan biji timah satu masa dahulu.

SEJARAH SEKOLAH
Pada tahun 50-an sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah Inggeris. Pada tahun 1965 sekolah ini telah dinamakan Sekolah Menengah Sungai Lembing sempena dengan nama Bandar Sungai Lembing. Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1965 dengan hanya dua buah bangunan setingkat. Ketika itu sekolah ini hanya menampung pelajar tingkatan satu hingga tiga sahaja.

Oleh kerana ada pelajar yang mencapai kejayaan dan ingin menyambungkan pelajaran ke tingkatan empat maka pelajar tersebut terpaksa berhijrah ke sekolah lain di daerah Kuantan. Justeru pada tahun 1970, dua buah bangunan lagi telah dibina. Apabila bangunan telah ditambah maka kelas bagi pelajar tingkatan empat dan lima telah dibuka dan dapat menampung lebih ramai pelajar. Jumlah pelajar ketika itu adalah lebih kurang 600 orang dan sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan yang lebih selesa dan dapat digunakan sehingga sekarang. Sekolah ini dinamakan sempena nama Bandar Sungai Lembing yang merupakan sebuah bandar kecil tetapi kaya dengan sejarah yang begitu membanggakan. Pada masa dahulu, Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan yang berpaya dan dikelilingi oleh bukit bukau yang tinggi saujana mata memandang. Di samping itu, terdapat sebatang sungai yang mengalir iaitu Sungai Kuantan. Hanya ada sebuah sekolah menengah sahaja di Sungai Lembing yang jaraknya dari Bandar Kuantan ialah sejauh 48 km.

Setiap tempat, kampung dan bandar mestilah mempunyai asal-usulnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Sungai Lembing. Maklumat mengenai asal-usul Sungai Lembing telah diperolehi melalui dua sumber iaitu orang Cina. Mereka ada menyatakan bahawa seorang tokoh Cina Lim Ah Sam atau Lim Beng telah memajukan tanah yang dihadiahkan kepadanya sehinggalah terbentuknya sebuah penempatan yang dinamakan “Penempatan Lim Beng”. Sungai merupakan jalan perhubungan utama bagi penduduk pada ketika itu. Lama-kelamaan nama sungai dan penempatan Lim Beng disatukan menjadi petempatan “Sungai Lembing”. Menurut sumber daripada masyarakat  Melayu  pula, asal-usul Sungai Lembing bermula apabila ada orang yang telah terjumpa satu objek yang berbentuk seperti lembing di dalam sungai. Di kawasan terjumpanya lembing tersebut ada kawasan penempatan. Justeru itu, mereka talah menamakan penempatan tersebut dengan nama Sungai Lembing.

Pengetua sekolah yang pertama diberi tanggungjawab setelah tertubuhnya Sekolah Menengah Sungai Lembing pada tahun 1965 ialah Encik Lee Hock Siew. Beliau berkhidmat selama tiga tahun di sekolah ini mulai tahun 1965 sehingga 1967. Beliau banyak membantu guru serta pelajar-pelajar disekolah ini. Lazimnya apabila sekolah baru dibuka tentunya terdapat banyak masalah yang dihadapi. Namun dengan semangat serta azam yang kuat dan penuh dedikasi, beliau mengharungi semua rintangan dengan hati yang cekal. Ramai pelajar yang berminat untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Berikut adalah senarai pengetua-pengetua yang telah dan sedang menerajui pengurusan dan kepimpinan sekolah:

Nama Pengetua
Tahun


Encik Lee Hock Siew
1965-1967
Encik S.T. Sivam
1968-1970
Encik Hor Kum Foo
1971-1972
Encik S.K.Theivenandron
1972-1979
Encik Yap Kok Keong
1980-1982
Encik Loo Kok Choon
1983-1989
Encik Richard Lim Lean Keong
1989-1995
Encik Chow Ah Soon
1995-1997
Encik Loh Sai Heng
1997-2001
Tuan Haji Karim bin Man
2001-2004
Tuan Haji Mahmud bin Mat
2004-2006
Tuan Haji Mohd Nor bin Md Tahir
2007-2008
Tuan Haji Baharudin B. Abdullah
2008-2009
Tuan Haji Mohamad Azhar B. Mohamad Ishak
Encik Hamzah b K. Mohamed
2010-2014
2014-sekarang