Wednesday 21 March 2012

SPM 2011

Tahniah kepada bekas pelajar SMKSL (SPM2011) yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya jangan putus harapan..Semoga anda semua terus berjuang untuk mencapai kehidupan yang baik.
Penantian yang penuh debaran..

Saat pengumuman keputusan SPM...

Berkongsi kejayaan..

dan...pelajar-pelajar cemerlang SPM 2011




Tuesday 20 March 2012

Hebahan..

SMKSL semakin maju menyusun langkah menuju kegemilangan..
Kini, beberapa unit telah mewujudkan blog masing-masing bagi menyebarkan maklumat terkini kepada semua warga sekolah khususnya..TAHNIAH kepada Unit Penilaian & Peperiksaan dan PSS SMK Sungai Lembing.Anda boleh layari blog ini di pautan berikut, Blog Unit Penilaian & Peperiksaan SMKSL dan Blog PSS SMKSL..

Monday 5 March 2012

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR

Tempat : Dataran Ilmu SMKSL
Hari : Sabtu    Tarikh : 25 Februari 2012
Penceramah : En. Abdullah Sani b Hj Abd Rahman, AMP (Ket.Unit Pendidikan & Pencegahan Dadah) 

Semoga pemimpin pelajar yang hadir dapat input berguna bagi meningkatkan kualiti kepimpinan diri masing-masing dan mencurahkan khidmat yang terbaik sepanjang sesi 2012 ini.
...Terima Kasih kepada penceramah,semua guru-guru dan pemimpin-pemimpin pelajar yang hadir..
...Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Kokurikulum dan Unit HEM (Badan Pengawas)...

Sunday 4 March 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Tarikh: 2 Mac 2012      Hari: Jumaat



Kejohanan Merentas Desa telah dilangsungkan dengan jayanya walaupun tarikhnya telah diawalkan sehari daripada tarikh sebenar..TAHNIAH kepada warga SMKSL yang telah memberi khidmat bakti terbaik semasa acara ini dijalankan...
TAHNIAH kepada semua pemenang terutamanya pasukan Rumah Mat Kilau yang telah dinobatkan juara keseluruhan..kepada Rumah-rumah lain (Panji Alam, Maharajalela dan Dato' bahaman), teruskan semangat dan usaha untuk menjadi juara pada tahun ini...

MAJLIS PERLANTIKAN & PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN PELAJAR

Tarikh : 24 Feb 2012             Hari: Jumaat

TAHNIAH ! Kepada semua pemimpin pelajar yang telah dilantik bagi sesi 2012
(PENGAWAS,PENGAWAS PUSAT SUMBER,KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS)..
Semoga semua yang telah dilantik menjalankan tugas dengan komited bagi mencapai kecemerlangan bersama.
Ketua Pelajar: Mohd Aizuddin b Salihfudin
Penolong Ketua Pelajar: Shahirah bt Salleh

'FIRE DRILL 1.0'

Lokasi:SMKSL
Masa:9.05-10.15pagi
Hari:Rabu
Tarikh: 22 Feb 2012


PERTANDINGAN PETANQUE

anjuran ANGKASA
Walaupun tidak berjaya mara ke pusingan akhir..namun, Sekalung TAHNIAH kepada guru dan pelajar yang terlibat dalam pertandingan ini. Kerjasama dan komitmen lebih penting berbanding kejayaan. Jika komitmen diteruskan, mungkin kemenangan berpihak kepada kita pada lain masa...Amin..

PELANCARAN "GURU PENYAYANG"

1 MAC 2012
KHAMIS
Pada pelancaran program ini. para guru telah hadir ke sekolah seawal 6.45 pagi bagi menyambut kehadiran anak-anak pelajar ke sekolah.
Dengan terlaksananya progaram 'Guru Penyayang' ini, diharapkan semua guru SMKSL terus berkhidmat dengan penuh dedikasi bagi melahirkan generasi cemerlang.