Friday 26 January 2018

WATIKAH PELANTIKAN BARISAN PEMIMPIN PELAJAR SESI 2018

Telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Januari 2018 (JUMAAT). Majlis bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 9.15 pagi. Majlis dirasmikan oleh Koperal Jemadi bin Sardi mewakili Ketua Balai Polis Sungai Lembing.


PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018

Telah dijalankan pada 24 Januari 2018 (RABU) di kantin sekolah bermula jam 12.00 tengah hari.
penyerahan dilakukan oleh guru kelas masing-masing. Seramai lebih kurang 405 orang pelajar SMK Sungai Lembing menerima bantuan ini.

Saturday 20 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK SUNGAI LEMBING 2018

Berlangsung pada 19 Januari 2018 Jumaat jam 8.00-12 tengah hari...
Kejohanan merentas desa telang berlangsung dengan jayanya.. TAHNIAH untuk warga SMK Sungai Lembing atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

 JOHAN: RUMAH SUKAN DATO' BAHAMAN
TEMPAT KEDUA: RUMAH SUKAN MAHARAJALELA
TEMPAT KETIGA: RUMAH SUKAN PANJI ALAM
TEMPAT KEEMPAT: RUMAH SUKAN MAT KILAU
 Persiapan merentas desa

Aktiviti memanaskan badan




Antara pemenang-pemenang merentas desa

JOHAN KESELURUHAN: DATO' BAHAMAN


Tuesday 16 January 2018

LATIHAN MERENTAS DESA

Pada hari ini 16 Januari 2018 (Selasa) telah diadakan latihan merentas desa bagi persediaan menghadapi Kejohanan Merentas Desa pada hari Jumaat ini. Latihan yang sepatutnya dijadualkan sebanyak 2 kali terpaksa ditangguhkan kerana faktor cuaca yang tidak dapat dielakkan. Latihan yang bermula pada pukul 2.15 petang dengan taklimat daripada Cikgu Nasrul telah tamat pada pukul 3.30 petang.


Monday 8 January 2018

Friday 5 January 2018

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2018

Setelah 3 hari ditutup, sekolah akhirnya beroperasi pada 5 Januari 2018 (Jumaat) walaupun jalan utama ke sekolah masih belum boleh dilalui. Para guru dan staf melalui jalan alternatif yang ada untuk sampai ke sekolah. Pada hari pertama, ramai pelajar tidak dapat ke sekolah ekoran tiada pengangkutan. (pelajar di SMKSL bergantung kepada pengangkutan awam iaitu bas rapid untuk ke sekolah). walaupun begitu, sesi persekolahan tetap terus dijalankan seperti biasa.
Guru-guru yang berhampiran sampai lebih awal untuk menyantuni pelajar yang hadir ke sekolah. Selepas itu, pelajar berkumpul seketika untuk mendengar kata aluan Tuan Pengetua sebelum masuk ke kelas untuk sesi pdpc mengikut jadual. WELCOME TO SCHOOL ANAK-ANAK SMKSL!!!

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2018 AKIBAT BENCANA BANJIR

Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 2 Januari 2018 terpaksa ditangguhkan kerana banjir telah melanda pekan Sungai Lembing. Hujan lebat telah menyebabkan laluan ke SMK Sungai Lembing dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. SMK Sungai Lembing telah ditutup sepanjang 3 hari iaitu 2-4 Januari 2017. Guru dan staf telah diarahkan untuk melapor diri ke sekolah berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.